Kepentingan Hutan di Malaysia


Assalamualaikum..


Hutan dianggap sebagi sumber yang boleh diperbaharui. Tetapi, untuk memperbaharuinya mengambil masa yang agak lama. Hutan yang sudah dimusnahkan oleh manusia atas dasar pembangunan sukar untuk pulih seperti sediakala. Fungsinya sebagai biodiversiti telah menjadikan Malaysia sebagi salah satu khazanah dunia yang kaya dengan pelbagai kehidupan. Hutan juga mempunyai peranan yang sangat besar di dalam kehidupan manusia.

→ Kawasan Tadahan Air
Punca sungai kebanyakkanya berasal dari kawasan tanah tinggi yang berperanan sebagai kawasan tadahan. Kawasan tadahan dapat didefinisikan sabagai kawasan bukit bakau yang diluputi hutan. Sebagai contoh, Sungai Perak dan Sungai Pahang berasal dari Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang Negara kita. Banjaran Titiwangsa menjadi punca sungai kerana hutan di situ berfungsi seolah-olah span yang menyerap air. Hutan akan menyimpan air kerana air hujan diserap ke dalam tanah dan dikeluarkan semula di dalam bentuk punca sungai ( kawasan air terjun dan mata air ).
Banjaran Titiwangsa yang menjadi lengeh sungai

→ Flora dan Fauna
Satu perkara yang menarik ialah terdapat pelbagai jenis flora dan fauna dalam hutan negara kita. Pelbagai tumbuh-tumbuhan istimewa yang terdapat dalam hutan di Malaysia. Hutan juga merupakan habitat dan sumber makana bagi hidupan liar. Secara tidak langsung, flora dan fauna telah menarik para pelancong untuk datang ke Malaysia.
Bunga Rafflesia yang dikenali sebagai Bunga Terbesar di Asia





→ Hutan Penstabil Suhu Dunia
Dengan sifatnya yang melakukan fotosintesis, hutan menggunakan karbon dioksida yang dapat menyejukkan suhu bumi. Suhu setempat juga dapat dikawal melalui penanaman pokok yang besar, terutamanya di kawasan Bandar. Hutan penting sebagai agen penyejuk serta menyederhanakan kawasan yang panas. Aktiviti pembalakan secara berleluasa tanpa kawalan akan menyebabkan suhu dunia bertambah panas. Fenomena pemanasan global biasanya dikaitkan dengan kesan rumah hijau dan pertambahan karbon dioksida.

→ Penghasilan Ubat-ubatan tradisional
Secara umum, hutan memunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang dijadikan penawar bagi pelbagai jenis penyakit. Dalam perubatan tradisional, petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit buah pinggang, kecing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak. Antara tumbuhan yang sering digunakan dalam perubatan tradisional ialah tongkat ali, periuk kera, pokok setawar dan banyak lagi. 
Periuk kera yang boleh mengubati demam

Tongkat Ali


→ Pencegah Hakisah Tanah
Hutan berfungsi untuk menahan air larian permukaan apabila tanah tidak mampu menampung jumlah air hujan yang turun. Jadi, jika hujan turun dengan lebat sekali pun, hutan akan menyerap air dengan baik kerana titisan air hujan akan turun dengan perlahan-lahan akibat rintangan daun, ranting, batang pokok serta humus yang begitu tebal di kawasan tanah hutan. Dengan ini banjir akan dapat dielakkan. Tanah runtuh juga dapat dielakkan .

Tanah runtuh akibat tiada hakisan tahah
→ Pelancongan
Masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat. Konsep eko pelancongan sangat bertepatan dengan Negara kita sebenarnya. Dengan hutan hujan tropika yang hebat, termasuklah hutan paya bakau mampu menyerlahkan suasana semulajadi kepada pelancongan. Taman Negara sebagai contoh yang merupakan salah satu konsep eko pelancongan yang menarik untuk diterokai.
Taman Negara

Pembekal hasil hutan.
Pokok-pokok dalam hutan Malaysia menghasilkan pelbagai jenis kayu balak yang bermutu tinggi dan bernilai dari segi prdagangan. Contoh jenis kayu balak yang terdapat di Malaysia ialah meranti, cengal, seraya, balau, dan jelutung. Hutan juga menghasilkan hasil hutan yang lain seperti rotan, mengkuang, buluh dan nipah yang sangat penting dalam membangunkan industri perabot dan kraftangan.
Kayu balak

Pembiakan Hidupan Laut
Hutan paya air masin dan hutan paya air tawar di negara kita menadi tempat pembiakan beberapa jenis hidupan air seperti ikan, udang dan lain-lain. Kebiasaanya, ikan dan udang selalu bertelur di celah-celah akar pokok di dalam air. Ini kerana akar jangkang dapat melindungi telur-telur itu dari ombak kuat dan ancaman pemangsa.

Paya Air masin

5 comments: